Article about Shintaro Misawa in Kosmo! tabloid.
" Mempunyai rakan-rakan Muslim di Kuala Lumpur, Misawa tertarik hati untuk merasai pengalaman dan penghayatan suasana berpuasa di negara ini. Menyorot latar belakang lelaki itu, ternyata Misawa bukanlah calang-calang jejaka di Jepun. Ini kerana dia diiktiraf sebagai salah seorang daripada 10 atlet profesional terbaik BMX Flatland di peringkat antarabangsa. (world ranking: click here) "
"Saya sangat tertarik dengan gaya kehidupan seorang Muslim Malaysia. Mereka sentiasa patuh kepada undang-undang ditetapkan ajaran Islam," katanya yang ditemui Kosmo! di Bukit Mahkota, Kajang, Selangor baru-baru ini ketika memenuhi jemputan berbuka puasa di rumah rakannya, Mohd. Yusri Yusoff, 26.
Dalam nada bersahaja, Misawa memberitahu, salah satu faktor utama dia terpanggil ingin mengetahui lebih mendalam mengenai Islam apabila melihat tingkah laku atlet BMX Malaysia semasa bersama-sama menyertai kejohanan sukan ekstrem itu.
"Setiap kali kejohanan besar di luar negara, saya memerhatikan atlet Malaysia tidak pernah menyentuh minuman keras. Ketika ditanya mengapa tidak mengambil arak mereka hanya menjawab ringkas: Muslim tidak boleh meneguk arak kerana ia undang-undang Islam," katanya.
Bermula dari situ, dia mula membuat kajian di laman web sekali gus membuka pintu hatinya untuk terus mempelajari agama Islam. Walaupun belum bergelar Muslim, dia bertegas tentang keseriusannya untuk memeluk agama Islam pada satu hari nanti.
"Mungkin ramai beranggapan saya hanya bermain-main untuk memeluk agama Islam dan menjalani ibadah puasa. Bagaimanapun, saya sangat serius kerana ia melibatkan prinsip dan pegangan hidup.Sebab itu saya datang ke Malaysia semata-mata untuk berpuasa dan mengenali Islam kerana sukar mendapat suasana begini di Jepun," ujarnya yang sempat menjalani ibadah puasa selama seminggu sebelum pulang ke Tokyo minggu lalu.
for the rest of the article : click here (kosmo!)
shintaro's visit to Malaysia : click here (joe zakaria)
shintaro's facebook : click here
well , what i can say is that people always have bad impressions on us ( extreme sports enthuasiasts ). always saying that we have bad attidude,bad social lifestyle,drugs,alcohol,sex etc. etc and the list goes on. well, it might be true to some of us ( i say some ) but it does not sum and resemble of all of us. most importantly with bmx i can divert myself from those social problems.at least rather than studies i have something else to focus on but not wasting my time with those things. Be it BMX riders, skateboarders, B-boys, dancers, footballers , badminton players, or even budak sekolah agama : good or bad , its individual. never judge people as a whole, but individually.
i'll still keep on riding no matter what people says. its the thing i like to do most.
photo credit : razak latiff
Post a Comment